Sabtu, 17 November 2012

Siapa nak gigi putih?? haa baca nie!


Haa.... Cik Hayda datang lagi dengan membawak petua lama.... 

yaa.. petua lama lagik... huu... macam mak nenek pulak Cik Hayda rasa... dengan petua-petua nie.. nie la yang sebenarnya banyak tolong kita dalam hidup seharian... 

petua kali nie lebih kepada cara nak putihkan gigi yang dah berusia nie.. Cik HAyda tak cakap gigi readers semua kuning... mungkin baru lepas minum air jagung tadi kan.. jadi ...gigi lekat kalerr laa sikit...hihi... jum ikoti petua nie ya. 
sebab ada sesetangah pun  Cik Hayda ada cuba buat... :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa... selalu berus gigi untuk elakkan kamu sakit gigi okeyh!... tengok macam Cik Hayda nie... sakit gigi..hee

Pilihan 1: Kulit jeruk mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana ia boleh membantu menghilangkan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi. Gosokkan kulit jeruk pada bahagian dalam gigi anda. Gunakan kulit jeruk yang masih segar.

Pilihan 2: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 3: Bakar 2 biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

Pilihan 4: Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi. Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi. Namun bahan ini berbahaya kerana ia boleh merosakkan gusi dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak mengamalkannya.


Pilihan 5: Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Pilihan 6: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 7: Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Gigi akan kelihatan putih berseri.



Pilihan 8: Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

Pilihan 9: Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi dan gosokkan anda seperti biasa.

Pilihan 10: Sebelum anda mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosok gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 3 kali. Ia mampu memutihkan gigi dan menghilangkan plak yang amat memalukan dan berbau busuk.



dan... yang terakhir... seperti yang kita semua tahu... sekarang nie... dah di keluarkan produk yang dapat putihkan gigi ... haa... sebenarnya... ubat gigipemutih nie akan sedikit demi sedikit akan menghakis gigi anda.. sebab tu gigi kelihat cerah sedikit setelah menggunakkannya selama beberapa bulan...

tapi ada juga kesannya.. hal itu lah yang menyebakan gigi readers semua menjadi sensitif... tak leyh minum ais laa.. tak boleh makan asam la... kan..? soo... baik guna petua lama saja..... keyh!!! 

salam pemutih gigi dari Cik HAyda!! huhuu bubye!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nasihat yang boleh diguna pakai...mohon nk syare dengan kawan2 yang lain....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.