Sabtu, 31 Mei 2014

DIA - Makhluk Allah yang mencuri hatiku..


takyah duk suspen tok!! haha.. awat?.. nak tahu scandal saya lettew… hehe.. ni fasal Scarlett lah.. jum!!

Urmm.. mungkin cerita ini sudah lama, sudah lapuk.. tetapi kisah Makluk Allah si kucing ni kita boleh jadikan teladan sampai bila-bila. Kisah terjadi sekitar tahun 1996 di mana seekor ibu kucing beranak lima bernama Scarlett jadik tajuk utama berita dunia kes nya dari satu insiden kebakaran! Ibu kucing ni dengan gigih nya berusaha untuk mengeluarkan lima anak nya sekali gus menyelamatkan Kitty-kitty itu daripada rentung.

Scarlett of course la seekor IBU kucing yang berani , penuh kasih sayang, sanggup gadai nyawa dia serta menghadapi pelbagai kemungkinan demi anak-anaknya…

Semasa kejadian berlaku.. tuannya.. tiada di rumah.. Scarlett tinggal ngan anak-anak dia kat satu garaj kat Brooklyn. Setelah api padam tu.. anggota bomba melihat ada kucing dengan perlahan-lahan bawa anak nya yang berusia empat minggu keluar dari garaj tersebut!...

Lepas si Scarlettt ni wat selamatkan anak depa.. badannya hampir keseluruhan melecur,.. dia susun semua anak-anak dia .. masa tu mata dia melecur terok… naseb bek tak buta ja… dia terus pengsan .. rebah… and then ahli bomba yang tengok kejadian tu terus mengambil si Scarlett dan masukkan ke dalam bekas oksigen untuk memastikan dia bertahan untuk hidup.. lastly kembali sihat…

Kini Scarlett telah mati.. pada 11 Oktober 2008 kerana penyakit dalaman. dan di anugerahkan dengan pingat serta sijil atas keberaniannya…
Scarlett adalah contoh terbaik untuk kita ambik sebagai teladan. biarpun ia hanya seekor haiwan..






Tapi !!


ada jugak manusia yang tak sayang anak nya.. di pukul sampai mati… ada jugak manusia yang tak sayang binatang.. di panah nya binatang atas niat nak menghalaunya.. hurmmm.. mereka semua makhluk Allah.. mereka juga ciptaan Allah.. mereka hidup di dunia ni untuk terus berzikir kepada Allah… Masyaallah… sayangilah sesama makhluk.. even pokok ke. binatang ke.. bunga ke.. haish!!

ni kes latest yang berlaku kat Malaysia.. ni IBU manusia ka IBU apa ni.. hish.. haiwan pun tahu jaga anak.. ni pulak kita yang ada otak akai bagai.. hummm. wanaauzubillah... 

Tiada ulasan: