Rabu, 3 Oktober 2012

SAYA BUKAN DOKTOR LAH!! TAPI MACAM DOKTOR…


Haa… jangan terkejut untuk post Cik Hayda kali nie… 

YES! Cik Hayda memang MACAM doktor… tapi Cik Hayda bukan doktor... ayoyoo… don’t get it wrong haa… hehe… tak der apa pon sebenarnya..  Cuma berminat nak kongsikan serba sedikit pengetahuan yang Cik Hayda tahu… betul tak..? sebab bagi Cik Hayda.. ilmu adalah untuk dikongsi…  (semakin dikongsi InsyaALLAH semakin bertambah..)
Baik… post kali ini Cik Hayda akan memerihalkan  mengenai kaitan bahasa tubuh dengan penyakit.. insya-Allah.. ilmu yang cuba Cik HAyda kongsikan akan berguna…
Cik Hayda bukan "doktor" ok!! hihihi...

1)    MATA  (Bertindak balas dengan keadaan hati)
·         Mata menjadi kemerahan ~ hati mengandungi paras toksin yang tinggi, mata yang menjadi kemerahan menandakan badan kita dalam proses pembuangan toksin
·         Mata menjadi kabur ~ proses penyeimbangan hati sedang berlaku. Sering berlaku pada waktu pagi
·         Keluar tahi mata ~ Gangguan hemosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
·         Ketegangan mata dan kelopak~ tekanan perasaan krn tidak puas hati @ bebanan.
MATA Cik Hayda sakit..... sebab tu jadi membesar...maaf yerk!!


2)    HIDUNG (mempunyai hubungan yang rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
·         Selsema~ proses pembuangan  toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (menyebabkan suhu badan meningkat)
·         Hidung tersumbat~ Paru-paru mengandungi toksin berlebihan.
·         Bersin~ proses pembuangan bendasing di bahagaian kerongkong dan menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3)    BATUK
·         Batuk keluar kahak~ proses pembuangan  toksin di kerongkong.
·         Batuk tanpa kahak~ Paru-paru mengandungi toksin berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setelah makan RG (ubat)
·         Batuk dan terasa gatal di kerongkong~ proses pembuangan toksin di kerongkong dan paru2 biasanya berlaku pada orang yang kuat merokok atau terdedah kepada udara tercemar.
4)    BIBIR (berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
·         Bbir pucat~ sistem penghadaman yang lemah, @ perut mengandungi angin, @ kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna yang mengakibatkan kekurangan zat besi.
·         Bibir kering dan pecah~ perut mengandungi banyak bahan toksin dan berasid.
5)    MULUT DAN LIDAH ( berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
·         Lidah @ gusi bengkak, sakit~ menunjukkan jantung mempunyai masalah, spt lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran kolonari tersumbat , etc..
·         Lidah, tisu mulut@ gusi menjadi pecah2 (ulser) ~ menandakan darah mengandungi asid yang berlebihan.
·         Mulut berbau busuk~ Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
6)    TELINGA (berkaitan dengan buah pinggan)
·         Telinga terasa tersumbat~ buah pinggang mengandungi toksin yang berlebihan.
·         Telinga berdengung~ sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan.
7)    KULIT BERPELUH
·         Peluh masin dengan banyak~ badan mengandungi lebihan asid urik.
·         Peluh berbau~ badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan (pada kebiasaannya menyebabkan badan berbau)
8)    RAMBUT GUGUR
·         Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. (bukan menandakan anda mempunyai penyakit buah pinggang tapi lemah) selepas prose gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
9)    SENDI, TANGAN DAN KAKI
·         Kebas tangan~ pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
·         Kebas tangan kiri dan lengan~ tanda2  lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan ini menandakan serangan sakit jantung berlaku.
·         Kebas kaki~ pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
·         Sakit tapak kaki~ menandakan buah pinggang lemah, biasanya disebabkan kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
·         Sakit tumit kaki~ menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
·         Gatal celah2  jari kaki~menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk.
10) TANDA-TANDA DALAMAN
·         Kepala~ Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
·         Pening/sakit dibahagian depan kepala~ menandakan sakit tekanan jiwa akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/sakit dibahagian belakang kepala~ menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi  atau rendah.
·         Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga~ menandakan penyakit migrain.
·         Rasa pening dan memusing~ tanda kurang darah atau pengaliran darah yang tidak lancar.
macam ni lah Cik Hayda apabila kena penyakit!!

11) KENCING
·         Kerap kencing~ menunjukkan buah pinggang yang mengandungi kotoran
·         Air kencing berkapur~ menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
·         Air kencing berminyak~ menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
·         Air kencing pekat berwarna coklat~ menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
·         Kencing berdarah~  penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

Yaa.. teman-teman..
Itu serba sedikit apa yang Cik Hayda tahu dan Cik Hayda nak kongsikan bersama teman-teman semua. Jadi nasihat Cik Hayda kat sini.. kebanyakan penyakit adalah berasal dari pemakanan kita. Jaga pemakanan.. banyakan minum air kosong. Cik Hayda concern sangat dengan keadaan tubuh badan macamnie sebab Cik Hayda sekarang un dalam keadaan yang tidak berapa nak sihat jugak.. jadik… jaga diri okeyh.. hargai kesihatan yang ALLAH anugerahkan ….hihi… teruskan membaca!!!

apa yang sure.... Cik Hayda bukan doktor...otey???!! heheh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thank ats informasi..brgna sgt2..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

sama2... semoga dapat jadi panduan kita semua....:)... trus bacaaa...

Tanpa Nama berkata...

It's great that you are getting thoughts from this
article as wedll as from our discussion made at this time.


Review my web page - elevate gf