Selasa, 11 September 2012

TB : Tubercle Bacilli


TB…
ataupun Tubercle Bacilli merupakan satu penyakit yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
Antara tanda-tanda penyakit TB paru-paru adalah
  • ·         Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • ·         Kahak yang mengandungi darah
  • ·         Deman dan berpeluh lazimnya petang dan malam
  • ·         Susut berat badan dan hilang selera makan
  • ·         Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • ·         Mudah letih

AMARAN : Boleh membawa maut andai di biarkan berterusan tanpa rawatan sepatutnya.

Kenapa perlu aku tulis semua ini? Satu penyakit yang berbahaya yang amat ditakuti sesetengah pihak lain? Semua ini tiada kaitan dengan ku! Tiada! Tiada!!!!
“T.I.A.D.A”

Itulah perkataan yang ditunggu-tunggu… oleh AKU..tetapi.. doktor telah ‘memberikan’ aku satu perkataan yang mengubah hidup ku…
“A.D.A”

Aku disahkan menghidap TB pada 1/7/2012 setelah aku terseksa menahan batuk selama hampir 2 bulan lebih. Ya… aku mempunyai semua tanda-tanda di atas.. lebih menyeksakan.. aku terpaksa meneruskan peperiksaan akhir dalam keadaan demam dan batuk yang teruk.. aku hanya mampu bertawakal ketika menjawab peperiksaan. Semoga Allah membantu diriku.. amen.

Bukan aku tidak berusaha untuk mendapatkan rawatan dalam masa dua bulan tersebut, klinik sudah ku pergi..di atas meja ku bersepah dengan botol-botol ubat batuk berlainan jenama. Klinik ku lawati..lagi dan lagi..tapi doktor hanya memberikan ubat batuk.. panadol.. ya Allah.. sakit badan.. aku kuatkan badan ku..setiap hari aku hampir pitam..penat..sakit dada. tidurku tidak menentu.. hariku menjadi kaku.
Aku yang dulu gemuk..sekarang sudah susut.. daripada berat 54kilogram.. turun 52kilogrm.. turun lagi 50kilogram.. beberapa hari kemudian turun lagi.. 49kilogram.. dalam masa sebulan sahaja. Mengikut doktor yang merawatku.. berat badan ku dijangka mampu  turun sehingga 39 kilogram dalam tempoh rawatan enam bulan. 

Bagaimana keadaan rupa dan fizikal  ku nanti?

Ketika aku menulis ini, merupakan hari ketiga aku disahkan. Semua program ku tolak. Demi keselamatan rakan-rakan lain. Aku terpaksa berpura-pura tidak sakit supaya ayah dan doktor memberi kebenaran untuk aku menjalani program ku yang terdekat. Tetapi, keadaan aku semakin teruk pada hari pertama disahkan. Paru-paru ku tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam dadaku sangat sakit. Hanya aku dan kembar ku yang berada di rumah. Aku tidak dapat bernafas dengan baik. ku rasakan sudah sampai ‘’ ku. Menelifon ‘maa’ yang pada ketika berada dirumah saudara yang baru melahirkan anak. Ayahku juga berada di masjid. Kembar ku sudah menangis melihat keadaan nazakku.. ya allah..  sudah sampaikah masaku,,? sakit.. aku tidak dapat bernafas.

Ayah pulang… menangis sambil membisikkan kalimah ‘lailahaillallah’ beberapa kali di telinga ku..ya Allah.. adakah aku akan mati? .. sakit ya allah… sakit….
Beberapa minit kemudian aku berjaya mengawal nafas ku walau tersekat-sekat.. perlahan-lahan..ayah mengurut belakang ku.. sakit .. maa pulang selepas itu..kami menuju ke hospital.. aku lemah.

Aku dibawa ke kecemasan, aku di suntik sejenis ubat..tetapi aku tidak boleh baring. aku Cuma mampu duduk di atas katil. Dada ku masih sakit.
Hari ini, (3/7/2012) aku ke hospital lagi. Seakan semua nurse sudah mengenaliku.. ramai nurse yang menasihatkan supaya aku terus menjalankan semua rawatan yang di tetapkan. Aku malu memakai topeng muka..semua memandang ku setiap kali aku melintasi mereka.

“jangan risau pakcik, makcik… saya tidak akan mendekati kamu semua” bisikku di dalam hati..sedih

Ya Allah… sembuhkan aku ya Allah.. sembuhkan aku… tetapi ‘Alhamdulillah’ aku bersyukur.. Allah memberikan aku kesakitan di atas dunia.. untuk mengampunkan dosa-dosa kecil ku.. agar aku kurang seksaan menghadapi dosa-dosa yang telah aku lakukan di akhirat kelak.. ALHAMDULILLAH ya allah..terima kasih.. ;)
Doakan kesihatan ku …

Insya-Allah.. kepada sesiapa yang menghidap penyakit ini..jangan risau.. penyakit ini bukan seperti darah tinggi ..kencing manis… ataupun jantung di mana pesakit perlu mengambil ubat sepanjang hayat mereka..

Tetapi..andai penyakit ini diberikan rawatan sebaik mungkin..maksudnya pesakit sentiasa mengambil ubat sepanjang tempoh yang di tetapkan.. pesakit akan bebas daripada kuman TB ini.. insyaalah… teruskan mendoakan diriku… supaya cepat sembuh.

Tiada ulasan: