Selasa, 25 Jun 2013

Eh, tempat duduk kita sama??

Alooww…

Hah!! Baru abes exam (untuk hari nie, 2 paper to go!) .. mata ngantuk sangat.. sebab baru lepas makan Nasi goreng Kampung kat Buble CafĂ© tadi.. okeh.. macam promote pulak nampak kan.. bukan dapat payment apa pon.  Hehe… selepas kebuluran seharian hari ni.. melantaklah diriku Nasi Goreng Kampung Extra Pedas tadi.. boleyh tahan!
Haa! Hari ni exam International Bussines yang memang tough jugak lah soalan-soalan nya.. oh.. risaunya diriku.. tak penah-penah nak repeat paper jangan gedik nak repeat paper satu ni ok.. saya nak graduate awal! Huk!

Story today.,.
“Eh, Tempat duduk kita sama”

Haa. Ni yang jadi masalah sekarang ni. Saya tak tahu la kenapa teruk sangat daya ingatan ku sejak dua menjak , tiga menjak ni… apa yang diriku ingatkan sampai terjadi nya masalah-masalah seperti seperti ni?. Soklan yang takdak jawapannya!
Nak dijadikan cerita, hari ni Exam kat Main Hall UUM which is DMAS. Boleh tahan besarnya.. sebab mostly course amek paper ni termasok course saya. Bila pengawas umumkan suh masok.. saya pon masok lah dengan berbekalkan ilmu yang belajar satu sem nih. (bekal yang disimpan dalam bekas tupperwere)hehe
Dewan Muadzam Shah UUM - akunurhayda sumber :GOOGLE


Berjalan, letak Bag kat belakang.. amek Pencil case then.. amek air mineral, then bukak slip exam tengok kedudukan. Sekilas… seat 235.. okeyh… berjalan mencari seat ni..

Berpusing-pusing jugak… sebab dewan tu besar… tengok seat saya pon dah yang ke 200 lebiy.. jalan punya jalan.. okeh.. 235 kat DEPAAAAANNNNN sekali! Ayooo.! Dengan muka redha duduk je lah! Cari kawan ku si Fitri.. pelik pulak kenapa minah ni tak dak kat sini.. supposed kalau mengikut angka matrik… dia sepatutnya duk belakang saya.. tapi kali ni makcik nih takdak.. memandangkan ada lagi tempat kosong di sebelah kanan bahagian depan saya sikit, so saya fikir mesti makcik nih tak sampai lagi..dan tempat kosong di situ mungkin tempatnya.. 

 malas nak fikir panjang… letak pencil case kat bawah. Botol air kat bawah.. dan keluarkan apa yang patot… hurmm.. pastu terus relax nak tunggu pengawas bagi arahan.

Tunggu.. tunggu… tengok sekeliling… masih mencari Si Fitri, tapi tak kelihatan… masa dah lewat tapi pengawas tak bagi arahan lagi… sekejap diriku tengah merelaxkan diri tiba-tiba terdengar suara dari belakang..

“eh,eh,.. tempat duduk kita sama!” 
kata seorang budak perempuan yang sedang berdiri di sebelah kerusi  ku..

~~~~Saya toleh..~~~~

Alamak minah ni apesal.. tak penah pulak terjadinya tempat duduk sama sebelum nih. Dengan muka tak puas hati tengok Exam Slip dia.. dan bersuara..

“ha’aa laa.. tempat duduk kita sama!”
kata diri ku  (terjerit kecil) dengan muka tak puas hati.. dalam hati fikir.. mungkin ni sistem yang tak betoi nih!! 

Saya terus pusing-pusing kepala keliling nak cari pengawas peperiksaan yang mungkin boleh tolong selesaikan kes kami.. sebelum sempat saya nak panggil.. tengok balik Exam Slip saya yang telah elok di letakkan bahagian kanan meja.. 

“saya punya pun 235..”
sambil menunjukkan Exam slip kepada Gurl itu..
sekali imbas saya meneliti balik exam slip tu.. 

saya punya exam masih berbaki 2 kertas, maksudnya.. patut lihat yang ketiga terakhir.. 

fokus..fokus..fokus
KLIK gambar UNTUK RESOLUSI YANG LEBIH JELAS - AKUNURHAYDA

HAH!!!!

Tempat duduk ku nombor 245 rupanya!!! Arghh!... seat 235 adalah untuk exam DIPLOMACY esok!!!

angkut-angkut barang berpuluh-puluh kali mintak maaf dan berlalu mencari seat ku.. seat ku berada di BELAKAAAANNNGGG sekali…!! Alamak.. dah la pengawas exam dah mula nak bagi arahan.. saya maseh terkinja-kinja nak duduk! Aduhai…!! Baru la tengok si Fitri..dengan teguran menyindir..

“haa kenapa , sesat kerrrr??” tegur si fitri

Haha… yee sesat!! Patot lah tak jumpa hang!! Hahaha… malu-malu…

Inilah padahnya tak pakai lens harini… biasa exam pakai jaa. Dah tadi malas nak pakai sebab kalut... mata pon kelabu aseppp laa...

#moral of the story… fokus-fokus….. jangan duk ingat menda lain sangat!! Hehe

2 paper lagi! Chaiyookk hayda!! Hahaha…jangan duk buat rabun gi duk tempat orang plak! Exam esok mesti ingat, takyah tengok slip lagi dah.. seat number 235!! Urghhh!

Ohh nasebbb sem nih banyak pulak jadi kes macamni.. aduyaii… kepala sila fokus.. jangan duk fikir menda lain!! Ngee
bye

Tiada ulasan: