Selasa, 11 September 2012

pengorbanan ayah dan ibu


haa… satu kisah ni..

Dapatkah korang semua bayangkan betapa bahagianya ibu bapa semasa korang mula-mula di terima masuk ke Universiti… maksudnya.. bila dapat tawaran tu pun dah punya perasaan tersendiri…kan…? Perasan atau tidak itulah hakikat ibu bapa anda yang sangat gembira melihat kejayaan anda…hummm,,, tiada insan yang lebih menyayangi anda lebih daripada diorang… percayalah…dan hargailah…
oOps… tersedey pulak..

tak terlambat lagi rasanya untuk Hayda mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya mendapat tempat kat Universiti.. dengan pelbagai macam kursus yang ditawarkan.. tahniah sekali lagi jugak kepada kembar Hayda yang jugak dapat menempatkan diri kat UUM jugak..sama dengan cik Hayda nie ha.. hihi… seronok tahu tak adik-beradik kembar lak tuh dapat belajar sekali,..hihi…

Tadi, Hayda menemani kembar Hayda (nama dia Ayu)ke bandar untuk membuka akaun Bank Islam untuk syarat mendapatkan pinjaman. Keadaan dalam bank sangat-sangatlah crowded dengan anak-anak muda remaja yang cun melecun lagi.. nampak ‘pesen’ macam umur dalam 20-an la.. di setiap mereka.. berdiri orang tua..yang kelihatan lenguh untuk berdiri lama-lama..sakit urat datang la bila dah tua nie…. ;) ..seorang lelaki..dan seorang wanita… yaa… itu adalah ibu bapa diorang… sangat bertuah… ayah dan ibu menemani…

Kami adik-beradik masih lagi bertungkus-lumus nak isi borang nie.. ayah cik hayda pun ada sekali…haa… mencapai cermin mata nak tengok kami isi borang, biasa lah… orang tua..mata pun tua…”kan ayah kan?” ngeh2... Ayah kami pun teman jugak lah! Hihihi… bukan ayah awak jer! Hehehe… selesai kami isi.. tiba-tiba ayu bersuara. “ itu kawan ayu, nama dia farah, dia dapat UNIMAS”.. bilang Ayu pada ayah sambil menunjukkan ke arah seorang wanita berbaju kurung berbunga halus di kerusi.
Ayah meneliti…ayah mengiyakan.. “dapat unimas…ow”..kata ayahku,.. usai kami mengisi borang.. ayu kena la pergi hantar kat kaunter pulak..ayah berdiri di sampingku sementara menunggu.. aku perasaan , ada satu mata tua yang memerhatikan kami.. mata itu semakin menghampiri.. tup-tup dia tegur ayahku..
“Assalamualaikum..” sound seorang pakcik kepada ayahku..umurnya lingkungan ayahku.. 50an..”wa’alaikumsalam.” jawab ayahku tenang. Aku di samping ayah senyum kecil sambil menundukkan kepala tanda hormat.

“dari mana..?” tanya pakcik itu kepada ayahku. “teman anak kejap ni ha .” Jawap ayah ku lagi sambil menunjukkan aku dan Ayu yang berada di kaunter. “oh.. belajar lagi ke nie..” tanya pakcik itu sambil menunjukkan ke arah aku.. ayah menjawap yang aku masih lagi belajar.
 Pakcik tua itu mengiyakan sambil mengangguk beberapa kali.
“belajar kat mana?” tanya pakcik itu lagi sambil melihat ke arahku.. “UUM.” Jawap aku dan ayahku serentak.kami berpandangan.senyum terukir. Tanpa di tanya pakcik itu bersuara… “anak saya tu pun akan ke ‘U’ juga nanti..UNIMAS..” kata pakcik tua itu sambil menunjukkan ke arah perempuan muda yang telah di tunjukkan oleh Kembar saya tadi. Saya mengangguk kecil. Kawan ayu rupanya.

“entah macam mana la nak pergi mengantar, jauh nu haa…” pakcik itu bersuara bersama gelak tawa kedengaran. “ibu bapa sanggup berhabis .. sanggup bergadai tanah nak hantar anak belajar asalkan anak berjaya masa hadapan… jangan jadi macam kita ni..” sambung pakcik itu lagi yang tadinya gelak sekarang menunduk sambil mengeleng-ngeleng halus.
Few… 

masya-Allah… itulah pengorbanan ibu bapa.. betapa bahagianya diorang apabila anak-anak mereka ini berjaya ke Universiti. Walaupun tidak memahami kursus apa yang akan dipelajari anak-anak mereka. Hayda masih ingat peristiwa ini.. ia akan segar di ingatan Hayda.. agar satu hari nanti… Hayda akan dapat membalas jasa ayah dan ibu Hayda.. bukan menggunakan WANG tetapi KASIH SAYANG….. INSYAALLAH … dengan kehendaknya.

Tiada ulasan: